Atasi rambut gugur
- Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.
Rambut beruban & kelimumur
- Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.
Menghilangkan kelemumur
- Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
- Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Melembutkan rambut
- Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Rambut Berbuah
- Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.
Meluruskan Rambut
- Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Kutu ganggu psikologi
NAMUN, tinggal di asrama penuh menjadikan gadis ini sebahagian daripada mereka yang berkutu tanpa dia sendiri sedari. Tempoh berkutu dilalui penuh emosi oleh gadis ini yang ketika itu berada di tingkatan empat.
Masa itu saya agak pelik kenapa kawan-kawan sudah tidak melepak di katil saya lagi. Mereka beralih ke bilik sebelah. Saya tertanya-tanya apakah salah saya dan mula rasa ada yang tidak kena.
Pada masa yang sama kepala saya mengalami kegatalan yang amat sangat dan memang tidak selesa terutama waktu belajar.
Satu hari selepas pulang dari kelas saya tanggalkan tudung, alangkah terkejut saya apabila melihat beberapa ekor parasit kecil yang awalnya saya tidak tahu namanya merayap atas tudung saya.
Sejak itu saya terus ke salon memotong rambut sehingga nipis seperti budak lelaki dan serentak itu juga kawan-kawan lama saya kembali menghabiskan masa di bilik saya.
Tahulah, bahawa mereka selama ini menjauhi saya disebabkan masalah kutu,” katanya.
Rupanya, beberapa rakan-rakan asrama Aimee turut mempunyai masalah yang sama, malah ada telah hidup bersama kutu selama bertahun-tahun
Kes Aimee bukanlah sesuatu yang pelik dan janggal. Malah tiada apa yang dimalukan kerana kutu boleh hidup atas rambut sesiapa sahaja dan amat mudah bertelur dan membiak dengan banyak dalam jangka masa yang singkat.
Bukan faktor kebersihan mahupun taraf hidup serta lokasi tempat kediaman menjadi ukuran pembiakan kutu, menurut kajian lebih daripada dua juta kanak-kanak dijangkiti kutu setiap tahun.
Walaupun masalah kutu bukanlah melibatkan penyakit yang serius, pengabaian terhadapnya boleh mengundang masalah ketidakselesaan dan gangguan psikologi.
Malah menggugat kewangan ibu bapa yang perlu menyediakan perbelanjaan khusus untuk produk atau rawatan tertentu bagi menyingkirkan kutu dari kepala.
Pengurus Lice Ninja, Aimi Salma Che Abdul Rahim berkata, masalah kutu bukan sesuatu yang asing, bahkan merupakan perkara biasa berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).
Kalau berkunjung ke negara tersebut kita akan dapati begitu banyak klinik menghapuskan kutu. Sama banyaknya seperti salon rambut. Malah klinik kutu ini diberi nama yang pelbagai dengan dekorasi menarik untuk membuatkan pelanggan selesa,” ujarnya.
Kebetulan adik ipar Aimi, Ayesha Hamid yang kini menetap di AS berjaya mendapatkan mesin dan produk untuk memastikan operasi klinik kutu di negara ini berjalan lancar.
Secara asasnya perniagaan ini memang untuk membantu ibu bapa menyelesaikan masalah kutu di kepala anak-anak.
Menerusi kes anak saya masalah kutu ini bukanlah satu masalah terpencil malah harus diberi perhatian kerana ia juga melibatkan emosi kanak-kanak.
Klinik ini juga boleh dikatakan yang pertama di Malaysia dan sejak dibuka pada Januari 2011, kami telah mendapat ramai pelanggan dan maklum balas positif.
Di sesetengah sekolah tadika atau pusat asuhan, ibu bapa tidak dibenarkan menghantar anak ke sekolah selagi rambut anak berkutu.
Guru akan memberikan satu surat kepada ibu bapa untuk arahan tersebut hinggalah ibu bapa memaklumkan kembali pada guru bahawa anak mereka sedang melalui proses rawatan kutu,” jelas beliau.
Aimi Salma menerangkan, proses pembuangan kutu di Lice Ninja menggunakan teknologi Lousebuster yang diasaskan di AS.
Cara rawatan di klinik itu bergantung pada tahap keseriusan jangkitan kutu.
Langkah yang digunakan ialah dengan mesin rawatan Lousebuster, menyikat dengan sikat kutu dan menyapu krim.
Demi memastikan keberkesanan berkekalan proses pemantauan sendiri dengan menyapu krim khas antikutu perlu diteruskan di rumah.
Lice Ninja menawarkan perkhidmatan berkesan, terjamin dan produk yang dijual juga tidak bertoksik serta selamat untuk kesihatan.
Malah sikat kutu di sini diimport dari AS kerana lebih berkualiti dan tahan lasak. Aami juga berhasrat membuka francais Lice Ninja di setiap negeri di Malaysia.
Malah salon atau spa boleh mendapatkan produk Lice Ninja sebagai nilai tambah perkhidmatan masing-masing. Pada masa ini klinik Lice Ninja hanya ada di Bangsar dan Damansara
Rawatan kutu kami tidak menggunakan bahan kimia dan hanya produk semulajadi untuk menghilangkan kutu dan telur. Kami menawarkan rawatan kutu mengikut temu janji, termasuk hujung minggu. Lice Ninja juga kini dalam kempen memasuki sekolah untuk memastikan tiada kutu mengganggu prestasi dan tumpuan anak di kelas.
Hormon gantian pulihkan gejala menopaus
Soalan
IBU sudah berusia 51 tahun dan mengalami masalah tidak dapat tidur baik siang mahupun malam. Selalu juga ibu berasa panas pada bahagian dada dan muka dan selepas itu berpeluh. Masalah ini sudah dihadapinya sejak beberapa bulan lalu. Ibu juga mudah letih, tidak bermaya dan sentiasa berehat di bilik saja. Adakah ini tanda-tanda yang ibu saya akan mengalami menopaus? Ibu sudah tidak mengalami haid lebih enam bulan. Ibu sudah membuat pemeriksaan darah di sebuah hospital swasta tetapi disahkan tidak menghidap sebarang penyakit dan doktor cuma memberinya ubat penenang sahaja. Harap doktor dapat membantu.
Wan Komo, Muar, Johor
Jawapan
Pada pendapat saya, ibu saudari mengalami gejala menopaus. Hangat memerah yang dirasai pada bahagian dada dan muka, berpeluh dan berasa kurang bermaya adalah ciri-ciri menopaus. Panas badan berlaku tidak kira waktu dan mula daripada bahagian dada dan naik ke muka. Panas yang membara ini berterusan untuk beberapa minit dan selepas itu wanita berkenaan akan berpeluh dan kemudian pulih semula. Pada malam hari juga mereka akan mengalami kepanasan walaupun cuaca sejuk. Mereka juga mengalami kekeringan kulit terutama pada bahagian kemaluan dan ini menyebabkan mereka mudah berasa sakit semasa mengadakan hubungan seks.
Masalah gejala seperti tidak bertenaga, letih, insomnia (tidak dapat tidur) dan tidak tidur lena adalah sebahagian daripada gejala menopaus. Mereka juga mengalami kerap sakit kepala, sakit-sakit sendi dan tulang belakang. Malah ada sesetengah pula yang mengalami tekanan perasaan, keresahan, emosi tidak stabil dan mudah pelupa.
Gejaja-gejala ini boleh berlaku beberapa bulan atau tahun sebelum menopaus sebenarnya berlaku. Bagi memastikan kesemua gejala itu berkaitan dengan masalah menopaus ataupun tidak, adalah dinasihatkan agar saudari membawa ibu berjumpa pakar Obstetrik dan Ginekologi (Perbidanan dan Sakit Puan).
Ujian darah akan dilakukan bagi menentukan ibu puan benar-benar sudah menopaus. Aras hormon estrogen dalam darah menurun semasa seseorang wanita menopaus.
Bantuan hormonSaya berpendapat, ibu saudari perlukan bantuan hormon gantian kerana gejala yang dialami agak ketara dan mengganggu kehidupannya. Sekiranya ibu kembali pulih maka diagnosis menopaus itu adalah betul.
Saya rasa, kita perlu teruskan rawatan untuk beberapa tahun, kemudian boleh dikurangkan dan dihentikan secara perlahan-lahan. Gejala menopaus adalah sementara dan akan beransur hilang. Namun, ia mungkin memerlukan tempoh setahun dua sebelum gejala ini hilang dengan sendiri tanpa bantuan hormon gantian dan ibu saudari akan stabil.
Pengambilan hormon dalam jangkamasa yang lama juga dikaitkan dengan risiko kanser payu dara dan pembekuan darah. Saudari perlu berbincang dengan doktor pakar baik dan buruknya hormon gantian ini. Kalau gejala menopaus adalah serius, saya berpendapat eloklah ambil untuk sementara waktu. Jika kemurungan ini serius kadangkala ubat penenang sememangnya diperlukan.

Masalah Sindrom Down ini berlaku tanpa mengira faktor bangsa, latar belakang pendidikan, kedudukan status sosioekonomi dan gaya hidup.
Soalan: ASSALAMUALAIKUM. Saya Halimah Salim baru melahirkan anak kedua pada 29 Januari lalu. Saya melahirkan anak secara normal, selang beberapa hari, doktor memberitahu anak saya ada Sindrom Down.
Saya kurang pasti dan cuba mendapat pendapat lain kerana anak saya tidak mempunyai simptom Sindrom Down.
Jika benar bolehkah saya membawa anak saya ke Al-Hidayah untuk mendapatkan rawatan menggunakan kaedah Al-quran? Terima kasih.
Jawapan:
Waalaikumsalam. Secara fizikal atau dengan melihat raut wajah bayi baru lahir, memang sukar mengenal pasti anak itu ada Sindrom Down. Pihak hospital akan melakukan ujian analisis kromosom untuk mengesahkan seseorang bayi mengalami Sindrom Down.
Ini kerana terdapat beberapa jenis Sindrom Down dan ada yang tidak menunjukkan tanda fizikal di awal kelahiran.Hampir setiap hari ada ibubapa membawa anak Sindrom Down ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.
Menurut Persatuan Sindrom Down Malaysia, dianggarkan 50,000 individu Sindrom Down, dengan satu kes bagi setiap 800 kelahiran.
Ada di antara mereka memiliki tanda Sindrom Down kronik dan ada tidak menunjukkan tanda di peringkat awal.
Umur anak turut berbeza; dari satu bulan hingga berumur lewat dua puluhan. Ada kala, bukan hanya pesakit Sindrom Down mendapat rawatan kami tetapi ibubapa dan ahli keluarga turut mendapat rawatan sebab tekanan.
SimptomSindrom Down selalunya dikaitkan dengan masalah pembelajaran, perkembangan fizikal lewat, kecacatan muka dan kelemahan otot di peringkat awal. Ramai individu Sindrom Down mempunyai masalah jantung berlubang, leukemia, Alzheimer, masalah gastro-usus dan isu kesihatan lain.
Terdapat beberapa ciri fizikal ketara bayi Sindrom Down, termasuk profil muka rata, mata sepet, kelopak mata luar biasa, jambatan hidung rata, lidah menonjol, telinga kecil, kedut tunggal pada tapak tangan, kecil anggota badan dan kepala kecil
Bagaimanapun, seperti semua kanak-kanak, pesakit Sindrom Down mempunyai kemahiran dan membangunkan bakat istimewa.
Punca sindrom downSindrom Down berlaku tanpa mengira bangsa, latar belakang pendidikan, status sosial ekonomi dan gaya hidup. Faktor genetik banyak mempengaruhi risiko Sindrom Down.
Punca sebenar Sindrom Down tidak diketahui. Ia bermula dengan kromosom tidak normal semasa pembahagian sel awal embrio.Mengikut kajian perubatan moden masalah mungkin berkaitan dengan:
- Genetik
- Pendedahan kepada pancaran Sinar-X
- Jangkitan virus
- Ubat-ubatan yang kuat
- Masalah hormon dan imunologi
- Umur ibu (Peningkatan umur ibu)
Sindrom Down adalah masalah DNA hasil gangguan kromosom yang menyebabkan perbezaan fizikal dan kognitif. Ia adalah gangguan genetik yang berlaku dalam satu daripada 800 kelahiran. Setiap sel badan normal mempunyai 46 kromosom, tetapi pesakit Sindrom Down mempunyai 47 kromosom dalam setiap sel. Terdapat tiga jenis Sindrom Down:
Sindrom Down Trisomi 21:
Ini paling biasa di mana tiga nombor 21 kromosom ditemui bukan dua. Hasilnya, setiap sel dalam tubuh pesakit mempunyai 47 kromosom dan bukan 46 kromosom.
Sindrom Down Translokasi:
Terdiri dari empat hingga lima peratus Sindrom Down. Dalam jenis ini, tambahan kromosom 21 termasuk dalam kromosom lain dalam setiap sel, biasanya di kromosom 14, 21 atau 22. Ia boleh berlaku secara spontan atau diwarisi. Jika salah seorang pembawa, terdapat peningkatan risiko anak Sindrom Down.
Sindrom Down Mosaic:
Paling jarang berlaku. Terdiri daripada satu peratus kejadian. Dalam jenis ini, sesetengah sel mempunyai satu kromosom tambahan (47) dan lain-lain mempunyai bilangan normal.
Kerana hanya sel tertentu terlibat, kanak-kanak itu mungkin kurang terjejas kognitif dan fizikal. Jenis ini disebabkan kemalangan pembahagian sel dalam perkembangan embrio dan berlaku kesilapan dalam salah satu pembahagian sel pertama selepas mengandung.
Dalam pengalaman merawat anak Sindrom Down, terdapat kes melibatkan elemen gangguan makhluk halus terutamanya saka.
Gangguan saka selalunya diwarisi melalui keturunan di mana makhluk halus merosakkan urat saraf dan sel badan pesakit. Kesannya kecacatan kepada bayi dalam kandungan.
Kesan sindrom down Dianggarkan lebih 40 peratus kanak-kanak Sindrom Down mempunyai kecacatan jantung kongenital (jantung berlubang) semasa lahir.
Ramai anak Sindrom Down mempunyai masalah jantung berlubang telah menjalani rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dan ramai sembuh tanpa pembedahan.
Kira-kira 10 peratus bayi Sindrom Down mengalami usus tersumbat dan memerlukan pembedahan.
Rawatan modenRawatan moden untuk Sindrom Down melibatkan banyak aspek terapi terutama dari segi pendidikan khas dari awal.
Objektif rawatan adalah mengurangkan tekanan keluarga, meningkatkan kualiti hidup pesakit dan melatih pesakit berdikari.
Buat masa ini, tiada rawatan tunggal mampu merawat Sindrom Down. Rawatan memerlukan beberapa rawatan.
Contoh rawatan seperti senaman fisioterapi, terapi kognitif dan sikap, terapi pertuturan dan kaunseling keluarga. Ahli keluarga terutamanya ibubapa diberi kaunseling dan latihan dalam menghadapi kerenah anak Sindrom Down.
Selain itu, guru terlatih dalam bidang Pendidikan Khas turut memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak Sindrom Down mendapat pendidikan sesuai.
Rawatan menggunakan ayat Al-QuranMenurut pandangan Islam, pertumbuhan janin ada sebahagian sempurna dan sebahagian tidak sempurna.
Pada peringkat ‘mudghah’ (embrio), jika janin dibedah, kita akan dapat melihat bahawa pertumbuhan sesetengah organ janin adalah sempurna dan selebihnya tidak.
Inilah dihuraikan dalam Al-Quran dengan tepat seperti ayat Al-Quran di bawah:
“Kami telah jadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu…” (Surah Al-Haj: 5)
“Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadian-mu dan menjadikan susunan tubuhmu yang seimbang Dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu” (Surah Al-Infithaar: 7-8)
Bagi mereka yang mempelajari ilmu biologi, ayat ini memang benar. Kita boleh mempelajari bagaimana perkembangan penciptaan manusia dari alam rahim lagi.
Dan benarlah setiap sesuatu itu atas kehendak dan izin Allah walau sebesar zarah. Ini dapat dilihat di peringkat pertumbuhan daripada gumpalan sel hingga bayi sempurna.
“…Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan sebagai bayi,...” (Surah Al-Haj: 5)
Allah menyatakan bahawa segala sesuatu yang terjadi pada kandungan si ibu adalah rahsia-Nya yang telah ditentukan. Maka sebagai hamba kita tidak layak mempersoalkan kenapa Allah menjadikan segelintir manusia dilahirkan sempurna sifat atau sebaliknya.
Sebagai contoh, manusia tidak boleh mengawal pembahagian sel semasa proses pembentukan antara sperma dan telur.
Ciri keturunan di dalam setiap sel kromosom adalah hak Allah. Hikmahnya, setiap manusia berbeza dari segi fizikal luarannya dan sudah tentu setiap masalah ada penyelesaiannya.
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, keluarga pesakit Sindrom Down akan diberi ayat berikut untuk diamalkan disertai doa untuk memohon penyembuhan. Ayat tersebut adalah:
- Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
- Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
- Surah Yaasin ayat 43 hingga 58
- Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55
- Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
- lSurah As-Soffat ayat 66 hingga 140
Cara amalan ialah, keluarga pesakit membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr tiga kali pada waktu siang.
Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, keluarga pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan.
Selepas membaca dua surah pertama tadi, keluarga pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah seterusnya.
Lebih baik pesakit dan keluarga berjumpa perawat supaya dapat kami memeriksa jika ada gangguan makhluk halus dan boleh dirawat dan diberi ayat Al-Quran yang boleh merawat gangguan.
Saya dan semua kakitangan Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Sindrom Down Sedunia yang akan diadakan pada 21 Mac.
Tarikh ini dipilih oleh Sindrom Down Antarabangsa sempena keunikan Sindrom Down trisomi kromosom 21. InsyaAllah, dengan izin dan kuasa Allah kami boleh membantu anak Sindrom Down.

Terdapat dua jenis tungku yang biasa digunakan iaitu buntil yang mengandungi rempah ratus dan batu sungai yang dipanaskan.
AMALAN bertungku telah berakar-umbi dalam kalangan masyarakat Melayu kerana banyak kebaikan yang diperoleh daripadanya.
Bertungku seeloknya dilakukan pada wanita yang baru melahirkan anak dan sedang berpantang. Menggunakan batu yang dipanaskan merupakan cara paling mudah dan menjimatkan masa.
Pemilik Yoyoy Khampora Spa, Nurul Huda Saparuddin, berkata, terdapat dua kaedah bertungku iaitu tungku yang dibakar menggunakan api atau direbus sehingga mendidih dengan air panas.
Bertungku menggunakan batu yang direbus, membuatkan batu tungku tersebut akan menjadi panas pada bahagian luar dan dalam.
Selalunya bertungku dilakukan setelah wanita tersebut selesai diurut pada awal pagi dan pada waktu petang selepas mandi selama 45 minit.
Dengan meletakkan batu tungku di tempat yang betul ia membantu mengecutkan rahim, mengempiskan perut dan melancarkan semula perjalanan darah sekali gus menjadikan tubuh kembali segar serta bertenaga.
Bertungku untuk wanita yang sedang dalam pantang bersalin dilakukan pada bahagian peranakan, selain dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Bertungku di bahagian ini dilakukan dalam keadaan ibu berbaring.
Bertungku sesuai dilakukan pada waktu pagi, iaitu sebelum matahari naik, dan pada waktu petang selepas Asar. Tengku perlu dibakar semula sekiranya telah sejuk,” katanya di temui di spanya yang terletak di Melewati Square, di Taman Melawati, Ampang, Selangor.
Tambahnya lagi, selain bertungku, digalakkan juga menuam bahagian kaki dan perut bayi untuk menyegar dan melancarkan darah menggunakan batu tungku yang lebih kecil.
Dalam pada itu Nurul Huda berkata, bagi wanita yang ingin membuat rawatan bertungku selepas bersalin, boleh berkunjung ke spa beliau.
Katanya, pakej untuk wanita lepas bersalin yang disediakan di Yoyoy Khampora Spa, meliputi rawatan bertangas, urutan tradisional, sengkak, bertungku pilis, dan lulur rempah.
Bebaskan diri daripada kemurungan

TANPA mengira jantina dan peringkat umur, penyakit kemurungan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Umumnya, kemurungan yang dialami lelaki adalah berbeza dengan wanita kerana tekanan hidup tidak sama.
Kebiasaannya, lelaki yang mengalami masalah kemurungan mudah menjadi pemarah, agresif dan cepat berasa terganggu. Manakala, wanita pula menunjukkan emosi tidak stabil, menjadi pendiam, mengasingkan diri dan memendam perasaan.
Masih ramai dalam kalangan kita memandang remeh masalah tersebut kerana tidak mahu dilabelkan sebagai gila. Ketahuilah bahawa kemurungan adalah satu penyakit serius dan memerlukan rawatan yang sewajarnya.
Selepas melahirkan anak biasanya orang perempuan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh dan mengembalikan kecergasan semula. Selain amalan memakan ikan haruan untuk cepat menyembuhkan luka -luka dalaman terdapat satu kaedah yang sangat bagus untuk menyembuhkan luka- luka pada rahim dan kebersihan anggota sulit wanita tersebut,
iaitu dengan menggunakan madu lebah (asli sahaja). Disamping meminumnya, ambil madu lebah dan dioleskan pada lampin/pad wanita dan pakai seperti biasa, lakukan pada setiap kali menukar nya. Insya’allah dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja boleh sembuh sepenuhnya.
Petua Anak Berkulit Putih dan Bersih
Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih.
- 1. JANGAN makan nasi sangat, menurut mak mertua saya nanti baby akan besar jadi susah nak beranak.
- 2. JANGAN makan pedas nanti kulit baby tidak cantik lepas lahir akan banyak naik ruam ruam putih and makanan berempah macam kari atau sambal juga elakkan sebab nanti akan mudah sakit ulu hati.
- 3. JANGAN minum ais nanti baby lepas lahir akan kena ampus asthma.
- 4. JANGAN minum soya banyak banyak sangat nanti walaupun baby akan lahir kulit cantik, tapi akan mudah berparut. Bagus lagik minum susu segar terus.
- 5. JANGAN makan benda benda tajam seperti nanas, tapai, rebung dan sebagainya. Kalau boleh elakkan juga daging kambing (chevon) sebab daging kambing walaupun kolesterol rendah tapi panas sikit. Lamb dan mutton pon sama. Elakkan..
- 6.JANGAN makan hati ayam atau hati lembu walaupon pengkaji kata banyak bitamin B. Emak saya kata jangan makan benda yang menggumpal darah tidak bagus untuk otak.
- 7.JANGAN makan asam-asam sintetik. Haaa kamu mesti suka makan asam kan masa mengandung.Kalau asam jawa oklah tapi kalau asam boi, asam merah yang ada bahan bahan kemikel ni memanglah tidak elok untuk perkembangan otak bayi okay. Nak makan asam juga? Carik la asam jawa muda..sedap!
- 8. JANGAN seksa binatang
- 9. JANGAN menderhaka dengan suami atau ibu bapa atau mertua nanti susah nak beranak.
- 10. JANGAN suka tengok karektor cerita atau kartun yang pelik pelik takut terkenan….(ini ada sekali sekali saya langgar sebab saya tgk cerita shrek dule hehehehe)..
- 11. JANGAN kutuk anak orang hitam, budak itu hitam dan sebagainya. Jaga mulut kamu!
- 11. JANGAN suka bergosip nanti anak kamu pon sama suka bergosip..(hehehehe..ini saya tambah sendiri..oh pastilah tidak dapat menahan diri kan..kalo kamu boleh tahan..tahannnnn sikit okay!)
Terdapat pula beberapa jenis MAKANLAH dan MINUMLAH – ini mmg saya betul-betul ikut:
1. MAKANLAH dengan kerap walaupon sedikit untuk elakkan pedih ulu hati (pesanan doktor sakit puan saya)
2. MAKANLAH buah-buahan – oh saya mmg gila buah dulu..saya lagi banyak makan buah dari nasi. Saya pernah habiskan buah longan sebanyak 2kg untuk saya seorang sahaja. Miahahaha..Kalau kamu nak makan buah, pilih buah-buah cam oren Sunkist, epal, anggur, kiwi, buah naga,limau gedang (tahukan buah limau yang isi merah itu?), buah mata kucing (longan), pisang, dan lain lain lagi. Makan buah yang banyak vitamin c, nescaya baby kulit bersih dan cantik ..Tak percaya vitamin C kasik cantik kulit? Tahukah kamu ramai orang cucuk vitamin C untuk kulit yang cantik hehehhe..Jadi fikir-fikirkanlah..Khasiat semulajadi adalah lebih bagus dari obat kemikel!
3. MAKANLAH ikan-ikan lebih dari makan ayam dan daging. Ikan mempunyai protein sangat tinggi. Saya memang penggemar ikan. Saya makan ikan singgang, ikan bakar dan ikan stim..ah sangat sedap tahu!..Lagi bagus kamu pergi teppanyaki and makan salmon teppanyaki..ah sangat sedapnya! Kenapa mesti ikan? Ini kerana ikan adalah baik untuk otak bayi, kajian menunjukkan ibu yang makan ikan beromega tinggi akan melahirkan bayi yang bijak..Oh satu lagi, kamu tahukan apa itu Neurogain? Ini adalah supplement minyak ikan. Boleh cari di farmasi dalam harga RM 60 sebotol kalo tak salah. Neurogain membantu perkembangan bayi (saya tidak promot untuk duit ya!). Makan sekitar kandungan berusia 4 – 7 bulan sahaja. Kalau makan lebih, takut anak terlampau bijak dan hyperactiveterlampau aktif pulak.hehhee..lagi bagus tanya sama doktor kamu!
4. MAKANLAH sayur-sayuran HIJAU. Kenapa saya besarkan huruf hijau? Sebab saya takut kamu fikir rebung itu sayur lalu kamu pun makan, nanti jadi apa apa siapa yang susah? Jadi kalau nak makan sayur, pilihlah sayuran hijau banyak-banyak, sayur salad dan kekacang adalah yang terbaik!. Tidak terkecuali lobak, bunga kobes, cendawan dan lain lain.
4. MINUMLAH susu segar berbanding susu bancuh. Memang saya masa mengandung tidak dapat telan susu –susu yang dibancuh . Alternatifnya saya minum susu segar. Kadang-kadang saya terus minum susu Anlene yang dalam kotak tuh untuk dapatkan kalsium yang lebih konon. Hasilnya Sophie mmg gagah masa berumur 5 hari dia telah menendang plastic wrapper yang membalut balang phototheraphy sehingga perlu di tukar sebanyak 3 kali dan menurut doktor itu adalah sejarah..hahaha.
5. MINUMLAH air kelapa semasa kandungan 7-9 bulan, maksudnya di akhir kehamilan supaya baby akan lahir dengan kulit yang cantik. Mahu beritahu kamu satu perkara. Saya selau tengok tivi, bila bayi lahir akan banyak darah dan vernix (google sendiri kalo mahu tahu ini apa) tersalut pada badan. Tapi semasa Sophie lahir, badan nya sangat bersih sebab tiada ternampak pun vernix yang banyak atau darah yang banyak. Saya tahu sebab saya tengok..Doktor saya pon kata, kulit bayi ini sangat putih dan bersih..Terharu sob sob sob..Terima kasih Tuhan..
Dan disini juga saya bagi tips-tips yang saya tak tahu nak letak dalam ketegori apa:
1. Kalo asyik muntah air masa awal kehamilan kan, mintak pil Primperan 10mg dari doktor.
2. Ubat-ubat doktor kasik, saya tidak makan secara kerap sebab saya memilih untuk mendapatkan zatnya secara semula jadi. Jadi saya tidak telan sangat Obimin dan Ferum Ferrocyte. Tapi kamu jangan tiru ini sebab badan kita tidak sama. Apa-apa pun, mesti makan pil kalsium kalau kamu tidak mahu gigi rongak bila mengandung anak kedua. Apabila kurang kalsium, baby akan serap dari tulang kita, jangan benarkan diri anda tua sebelum waktunya, okay?
3. Semasa tidur, angkat kaki lagi tinggi dari badan. Letak bantal bawah kaki untuk elakkan odema atau bengkak kaki. Sepanjang mengandung kaki saya tidak pandai pernah bengkak cuba melebar sahajalah sebab dah gemuk kan.
4. Tidur pada suhu yang tidak terlalu panas, atau terlalu sejuk. Kalau terlalu panas nanti kamu berpeluh2. Ingat semasa mengandung, jantung mengepam 7x kali lebih dari waktu biasa. Kalau terlalu sejuk mudah krem kaki. Kalau krem jangan tarik kaki, minta tolong sang suami tolak tapak kaki kamu pada posisi baring dan kaki diluruskan.
5. Banyak minum air suam jugak (dapat minum air zam zam lagi bagus) sebab badan kamu perlu banyak air. Pergerakan kamu sangat terbatas bila perut dah besar dan kamu akan cepat penat.
6. Bermalas-malasan di atas sofa atau katil tidak bagus! Bangun, pergilah berjalan-jalan hirup udara segar. Saya dulu memang kuat berjalan, sampai sudah buka 2 cm pon masih ada hati nak pergi membeli belah.hihohiho
7. Banyakkan membaca sebab siapa tahu kalu kalau baby kamu akan dapat habit ini kan? Bila membaca banyak buku mengandung, jangan terlalu panik dan menggelabah okay. Ambil sebagai panduan sahaja dan gunakan bila perlu.
Nampaknya sangat panjang isi saya kali ini, kan dan semua petua di atas adalah perkongsian saya dengan kamu semua. Petua-petua ini juga saya telah kongsikan bersama rakan-rakan saya yang sedang mengandung dan telah melahirkan. Tidak baik kedekut ilmu, tahu.Apapun cara yang kita dah buat, yang terakhir sekali yakinlah segala rezeki adalah pemberian Allah dan bersyukurlah kita kepadanya. Amin..
Renung-renungkan dan selamat beramal
![]() |
seksinya..auwww… |
hari ni nak berkongsi tips dengan para ibu macam mana nak dapatkan anak lelaki..manalah tahu,sebelum ni anak kesemua perempuan kan..bolehlah cuba tips2 di bawah..jom kita tengok apa kah tips-tips itu…
i. tetapkan jadual untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan pada hari pertama pengovuman berlaku yang dialami kaum wanita (pada ketika ini sperma akan berenang lebih laju dan dapat mencapai telur dengan senang)ii. jika pihak isteri mencapai klimaks terlebih dahulu sebelum suami,peluang untuk mendapatkan bayi lelaki amat cerah (pada peringkat ini,cecair beralkali dikeluarkan oleh sistem badan wanita yang mana sperma mendapat asid secara semulajadi)iii. teknik hubungan intim turut mempengaruhi faktor jantina bayi yang akan dilahirkan (dikatakan teknik “doggie style” lebih berkesan dalam perkara ini)iv. pastikan anda dan pasangan TIDAK melakukan seks selama seminggu SEBELUM tarikh pengovuman (ia dapat mengekalkan jumlah sperma yang tinggi kerana sperma tidak sekuat telur yang mampu bertahan lama di dalam uterus)v. lakukan hubungan seks pada waktu malam
vi. anda digalakkan memakan makanan kekacang yang mengandungi tinggi Potassium(contohnya kacang hijau ),tambahkan juga jenis makanan yang berdaging,buah-buahan segar dan sayur-sayuran.vii. bagi lelaki pula,mereka digalakkan untuk lebihkan minuman bersoda

Pada zaman teknologi yang serba canggih ni sebenarnya takde masalah untuk kita membuat pemilihan jantina anak perempuan mahupun lelaki antaranya dengan membuat pemilihan jantina melalui embrio yang menggunakan kaedah PGD (Preimplantation Genetic Diagnosis) atau melalui sperma iaitu dengan kaedah IUI (Intrauterine Insemination), IVF (In Vitro Fertilisation) dan ICSI (Intra Cytoplasmic Sperm Injection). Keberkesanan kaedah IUI, IVF dan ICSI ini adalah 70% bagi pemilihan sperma untuk jantina lelaki dan bagi pemilihan sperma untuk jantina perempuan pula ialah sebanyak 50 – 60%. Kos bagi ketiga-tiga kaedah melalui sperma adalah lebih murah berbanding penggunaan kaedah PGD (iaitu melalui embrio).
Walaubagaimanapun faktor-faktor / petua di bawah boleh dijadikan panduan untuk pasangan yang mahu mendapatkan anak perempuan atau anak lelaki mengikut kaedah semula jadi, iaitu :-
1) FAKTOR MAKANAN
Untuk mendapatkan anak perempuan, suami harus membanyakkan makan makanan beralkali. Manakala isteri pula perlu banyak mengambil makanan berasid. Jika anda mahukan anak lelaki pula, pihak suami yang perlu makan lebih banyak makanan berasid dan isteri mengambil lebih banyak makanan beralkali. Makanan beralkali terdiri daripada sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya. Makanan berasid pula boleh didapati daripada makanan seperti daging, makanan laut dan lain-lain.
2) FAKTOR MASA
Lakukan hubungan intim sebelum datang haid boleh membantu anda mendapatkan anak perempuan. Tetapi jika lakukan sebaliknya iaitu selepas sahaja selesai haid anda berkemungkinan akan dapat anak lelaki. Untuk memastikan waktu pilihan anda adalah tepat, kira seminggu awal atau seminggu selepas kedatangan haid.
3) FAKTOR KEDALAMAN
Suami tidak perlu memasukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri jika mahukan anak perempuan. Namun lakukan sebaliknya sekiranya anda mahu anak lelaki. Ini disebabkan Gen X (lelaki) dan Gen Y (perempuan) mempunyai ciri yang berbeza. Logiknya kerana Gen X (lelaki) mempunyai stamina yang kuat dan dapat sampai ke destinasi dengan pantas, berbeza pula dengan Gen Y (perempuan) yang mana kurang staminanya.
4) FAKTOR KEMUNCAK
Untuk mendapatkan anak perempuan, suami perlu sampai kemuncak sebelum isteri. Ini kerana ketika isteri sampai ke kemuncak, isteri akan mengeluarkan cecair berbentuk alkali. Jika sebaliknya iaitu suami sampai ke kemuncak selepas isteri, kemungkinan anda akan mendapat anak lelaki.
5) FAKTOR PERSEDIAAN (ISTERI)
Isteri boleh membasuh vagina dengan menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air sekiranya mahukan anak perempuan. Jika mahukan anak lelaki, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya vagina lebih beralkali.
6) FAKTOR KEDUDUKAN
Jika kedudukan suami di bawah manakala isteri pula di atas, membantu pasangan memiliki anak perempuan. Jika kedudukan bertentangan pula, iaitu suami di atas dan isteri di bawah, ia membantu mendapatkan anak lelaki.
Kesemua sumber info ini adalah menerusi buku Pa&Ma (Volume 1) 40 Minggu Nan Indah.