Skip to content

Awas Kutu Dirambut Anda

March 25, 2013

Kutu ganggu psikologi

Masalah kepala berkutu kerap dialami oleh kanak-kanak yang lazimnya dijangkiti daripada rakan-rakan sebaya.

NAMUN, tinggal di asrama penuh menjadikan gadis ini sebahagian daripada ‘mereka yang berkutu’ tanpa dia sendiri sedari. Tempoh berkutu dilalui penuh emosi oleh gadis ini yang ketika itu berada di tingkatan empat.

“Masa itu saya agak pelik kenapa kawan-kawan sudah tidak melepak di katil saya lagi. Mereka beralih ke bilik sebelah. Saya tertanya-tanya apakah salah saya dan mula rasa ada yang tidak kena.

“Pada masa yang sama kepala saya mengalami kegatalan yang amat sangat dan memang tidak selesa terutama waktu belajar.

“Satu hari selepas pulang dari kelas saya tanggalkan tudung, alangkah terkejut saya apabila melihat beberapa ekor parasit kecil yang awalnya saya tidak tahu namanya merayap atas tudung saya.

“Sejak itu saya terus ke salon memotong rambut sehingga nipis seperti budak lelaki dan serentak itu juga kawan-kawan lama saya kembali menghabiskan masa di bilik saya.

“Tahulah, bahawa mereka selama ini menjauhi saya disebabkan masalah kutu,” katanya.

Rupanya, beberapa rakan-rakan asrama Aimee turut mempunyai masalah yang sama, malah ada telah hidup bersama kutu selama bertahun-tahun

Kes Aimee bukanlah sesuatu yang pelik dan janggal. Malah tiada apa yang dimalukan kerana kutu boleh hidup atas rambut sesiapa sahaja dan amat mudah bertelur dan membiak dengan banyak dalam jangka masa yang singkat.

Bukan faktor kebersihan mahupun taraf hidup serta lokasi tempat kediaman menjadi ukuran pembiakan kutu, menurut kajian lebih daripada dua juta kanak-kanak dijangkiti kutu setiap tahun.

Walaupun masalah kutu bukanlah melibatkan penyakit yang serius, pengabaian terhadapnya boleh mengundang masalah ketidakselesaan dan gangguan psikologi.

Malah menggugat kewangan ibu bapa yang perlu menyediakan perbelanjaan khusus untuk produk atau rawatan tertentu bagi menyingkirkan kutu dari kepala.

Pengurus Lice Ninja, Aimi Salma Che Abdul Rahim berkata, masalah kutu bukan sesuatu yang asing, bahkan merupakan perkara biasa berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

“Kalau berkunjung ke negara tersebut kita akan dapati begitu banyak klinik menghapuskan kutu. Sama banyaknya seperti salon rambut. Malah klinik kutu ini diberi nama yang pelbagai dengan dekorasi menarik untuk membuatkan pelanggan selesa,” ujarnya.

Kebetulan adik ipar Aimi, Ayesha Hamid yang kini menetap di AS berjaya mendapatkan mesin dan produk untuk memastikan operasi klinik kutu di negara ini berjalan lancar.

“Secara asasnya perniagaan ini memang untuk membantu ibu bapa menyelesaikan masalah kutu di kepala anak-anak.

“Menerusi kes anak saya masalah kutu ini bukanlah satu masalah terpencil malah harus diberi perhatian kerana ia juga melibatkan emosi kanak-kanak.

“Klinik ini juga boleh dikatakan yang pertama di Malaysia dan sejak dibuka pada Januari 2011, kami telah mendapat ramai pelanggan dan maklum balas positif.

“Di sesetengah sekolah tadika atau pusat asuhan, ibu bapa tidak dibenarkan menghantar anak ke sekolah selagi rambut anak berkutu.

“Guru akan memberikan satu surat kepada ibu bapa untuk arahan tersebut hinggalah ibu bapa memaklumkan kembali pada guru bahawa anak mereka sedang melalui proses rawatan kutu,” jelas beliau.

Aimi Salma menerangkan, proses pembuangan kutu di Lice Ninja menggunakan teknologi Lousebuster yang diasaskan di AS.

Cara rawatan di klinik itu bergantung pada tahap keseriusan jangkitan kutu.

Langkah yang digunakan ialah dengan mesin rawatan Lousebuster, menyikat dengan sikat kutu dan menyapu krim.

Demi memastikan keberkesanan berkekalan proses pemantauan sendiri dengan menyapu krim khas antikutu perlu diteruskan di rumah.

“Lice Ninja menawarkan perkhidmatan berkesan, terjamin dan produk yang dijual juga tidak bertoksik serta selamat untuk kesihatan.

“Malah sikat kutu di sini diimport dari AS kerana lebih berkualiti dan tahan lasak. Aami juga berhasrat membuka francais Lice Ninja di setiap negeri di Malaysia.

“Malah salon atau spa boleh mendapatkan produk Lice Ninja sebagai nilai tambah perkhidmatan masing-masing. Pada masa ini klinik Lice Ninja hanya ada di Bangsar dan Damansara

“Rawatan kutu kami tidak menggunakan bahan kimia dan hanya produk semulajadi untuk menghilangkan kutu dan telur. Kami menawarkan rawatan kutu mengikut temu janji, termasuk hujung minggu. Lice Ninja juga kini dalam kempen memasuki sekolah untuk memastikan tiada kutu mengganggu prestasi dan tumpuan anak di kelas.

From → Umum

Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: