Skip to content

Petua Anak Berkulit Putih dan Bersih

March 24, 2013

Cute-Baby

Petua Anak Berkulit Putih dan Bersih 

Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih.

  • 1. JANGAN makan nasi sangat, menurut mak mertua saya nanti baby akan besar jadi susah nak beranak.
  • 2. JANGAN makan pedas nanti kulit baby tidak cantik lepas lahir akan banyak naik ruam ruam putih and makanan berempah macam kari atau sambal juga elakkan sebab nanti akan mudah sakit ulu hati.
  • 3. JANGAN minum ais nanti baby lepas lahir akan kena ampus asthma.
  • 4. JANGAN minum soya banyak banyak sangat nanti walaupun baby akan lahir kulit cantik, tapi akan mudah berparut. Bagus lagik minum susu segar terus.
  • 5. JANGAN makan benda benda tajam seperti nanas, tapai, rebung dan sebagainya. Kalau boleh elakkan juga daging kambing (chevon) sebab daging kambing walaupun kolesterol rendah tapi panas sikit. Lamb dan mutton pon sama. Elakkan..
  • 6.JANGAN makan hati ayam atau hati lembu walaupon pengkaji kata banyak bitamin B. Emak saya kata jangan makan benda yang menggumpal darah tidak bagus untuk otak.
  • 7.JANGAN makan asam-asam sintetik. Haaa kamu mesti suka makan asam kan masa mengandung.Kalau asam jawa oklah tapi kalau asam boi, asam merah yang ada bahan bahan kemikel ni memanglah tidak elok untuk perkembangan otak bayi okay. Nak makan asam juga? Carik la asam jawa muda..sedap!
  • 8. JANGAN seksa binatang
  • 9. JANGAN menderhaka dengan suami atau ibu bapa atau mertua nanti susah nak beranak.
  • 10. JANGAN suka tengok karektor cerita atau kartun yang pelik pelik takut terkenan….(ini ada sekali sekali saya langgar sebab saya tgk cerita shrek dule hehehehe)..
  • 11. JANGAN kutuk anak orang hitam, budak itu hitam dan sebagainya. Jaga mulut kamu!
  • 11. JANGAN suka bergosip nanti anak kamu pon sama suka bergosip..(hehehehe..ini saya tambah sendiri..oh pastilah tidak dapat menahan diri kan..kalo kamu boleh tahan..tahannnnn sikit okay!)

 

Terdapat pula beberapa jenis MAKANLAH dan MINUMLAH  –  ini mmg saya betul-betul ikut:

1. MAKANLAH dengan kerap walaupon sedikit untuk elakkan pedih ulu hati (pesanan doktor sakit puan saya)

2. MAKANLAH buah-buahan  – oh saya mmg gila buah dulu..saya lagi banyak makan buah dari nasi. Saya pernah habiskan buah longan sebanyak 2kg untuk saya seorang sahaja. Miahahaha..Kalau kamu nak makan buah, pilih buah-buah cam oren Sunkist, epal, anggur, kiwi, buah naga,limau gedang (tahukan buah limau yang isi merah itu?), buah mata kucing (longan), pisang, dan lain lain lagi. Makan buah yang banyak vitamin c, nescaya baby kulit bersih dan cantik ..Tak percaya vitamin C kasik cantik kulit? Tahukah kamu ramai orang cucuk vitamin C untuk kulit yang cantik hehehhe..Jadi fikir-fikirkanlah..Khasiat semulajadi adalah lebih bagus dari obat kemikel!

3. MAKANLAH ikan-ikan lebih dari makan ayam dan daging. Ikan mempunyai protein sangat tinggi. Saya memang penggemar ikan. Saya makan ikan singgang, ikan bakar dan ikan stim..ah sangat sedap tahu!..Lagi bagus kamu pergi teppanyaki and makan salmon teppanyaki..ah sangat sedapnya! Kenapa mesti ikan? Ini kerana ikan adalah baik untuk otak bayi, kajian menunjukkan ibu yang makan ikan beromega tinggi akan melahirkan bayi yang bijak..Oh satu lagi, kamu tahukan apa itu Neurogain? Ini adalah supplement minyak ikan. Boleh cari di farmasi dalam harga RM 60 sebotol kalo tak salah. Neurogain membantu perkembangan bayi (saya tidak promot untuk duit ya!). Makan sekitar kandungan berusia 4 – 7 bulan sahaja. Kalau makan lebih, takut anak terlampau bijak dan hyperactiveterlampau aktif pulak.hehhee..lagi bagus tanya sama doktor kamu!

4. MAKANLAH sayur-sayuran HIJAU. Kenapa saya besarkan huruf hijau? Sebab saya takut kamu fikir rebung itu sayur lalu kamu pun makan, nanti jadi apa apa siapa yang susah? Jadi kalau nak makan sayur, pilihlah sayuran hijau banyak-banyak, sayur salad dan kekacang adalah yang terbaik!. Tidak terkecuali lobak, bunga kobes, cendawan dan lain lain.

4. MINUMLAH susu segar berbanding susu bancuh. Memang saya masa mengandung tidak dapat telan susu –susu yang dibancuh . Alternatifnya saya minum susu segar. Kadang-kadang saya terus minum susu Anlene yang dalam kotak tuh untuk dapatkan kalsium yang lebih konon. Hasilnya Sophie mmg gagah masa berumur 5 hari dia telah menendang plastic wrapper yang membalut balang phototheraphy sehingga perlu di tukar sebanyak 3 kali dan menurut doktor itu adalah sejarah..hahaha.

5. MINUMLAH air kelapa semasa kandungan 7-9 bulan, maksudnya di akhir kehamilan supaya baby akan lahir dengan kulit yang cantik. Mahu beritahu kamu satu perkara. Saya selau tengok tivi, bila bayi lahir akan banyak darah dan vernix (google sendiri kalo mahu tahu ini apa) tersalut pada badan. Tapi semasa Sophie lahir, badan nya sangat bersih sebab tiada ternampak pun vernix yang banyak atau darah yang banyak. Saya tahu sebab saya tengok..Doktor saya pon kata, kulit bayi ini sangat putih dan bersih..Terharu sob sob sob..Terima kasih Tuhan..

Dan disini juga saya bagi tips-tips yang saya tak tahu nak letak dalam ketegori apa:

1. Kalo asyik muntah air masa awal kehamilan kan, mintak pil Primperan 10mg dari doktor.

2. Ubat-ubat doktor kasik, saya tidak makan secara kerap sebab saya memilih untuk mendapatkan zatnya secara semula jadi. Jadi saya tidak telan sangat Obimin dan Ferum Ferrocyte. Tapi kamu jangan tiru ini sebab badan kita tidak sama. Apa-apa pun, mesti makan pil kalsium kalau kamu tidak mahu gigi rongak bila mengandung anak kedua. Apabila kurang kalsium, baby akan serap dari tulang kita, jangan benarkan diri anda tua sebelum waktunya, okay?

3. Semasa tidur, angkat kaki lagi tinggi dari badan. Letak bantal bawah kaki untuk elakkan odema atau bengkak kaki. Sepanjang mengandung kaki saya tidak pandai pernah bengkak cuba melebar sahajalah sebab dah gemuk kan.

4. Tidur pada suhu yang tidak terlalu panas, atau terlalu sejuk. Kalau terlalu panas nanti kamu berpeluh2. Ingat semasa mengandung, jantung mengepam 7x kali lebih dari waktu biasa. Kalau terlalu sejuk mudah krem kaki. Kalau krem jangan tarik kaki, minta tolong sang suami tolak tapak kaki kamu pada posisi baring dan kaki diluruskan.

5. Banyak minum air suam jugak (dapat minum air zam zam lagi bagus) sebab badan kamu perlu banyak air. Pergerakan kamu sangat terbatas bila perut dah besar dan kamu akan cepat penat.

6. Bermalas-malasan di atas sofa atau katil tidak bagus! Bangun, pergilah berjalan-jalan hirup udara segar. Saya dulu memang kuat berjalan, sampai sudah buka 2 cm pon masih ada hati nak pergi membeli belah.hihohiho

7. Banyakkan membaca sebab siapa tahu kalu kalau baby kamu akan dapat habit ini kan? Bila membaca banyak buku mengandung, jangan terlalu panik dan menggelabah okay. Ambil sebagai panduan sahaja dan gunakan bila perlu.

Nampaknya sangat panjang isi saya kali ini, kan dan semua petua di atas adalah perkongsian saya dengan kamu semua. Petua-petua ini juga saya telah kongsikan bersama rakan-rakan saya yang sedang mengandung dan telah melahirkan. Tidak baik kedekut ilmu, tahu.Apapun cara yang kita dah buat, yang terakhir sekali yakinlah segala rezeki adalah pemberian Allah dan bersyukurlah kita kepadanya. Amin..

Renung-renungkan dan selamat beramal

Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: