Skip to content

Menopaus

March 24, 2013

Hormon gantian pulihkan gejala menopaus

Soalan

IBU sudah berusia 51 tahun dan mengalami masalah tidak dapat tidur baik siang mahupun malam. Selalu juga ibu berasa panas pada bahagian dada dan muka dan selepas itu berpeluh. Masalah ini sudah dihadapinya sejak beberapa bulan lalu. Ibu juga mudah letih, tidak bermaya dan sentiasa berehat di bilik saja. Adakah ini tanda-tanda yang ibu saya akan mengalami menopaus? Ibu sudah tidak mengalami haid lebih enam bulan. Ibu sudah membuat pemeriksaan darah di sebuah hospital swasta tetapi disahkan tidak menghidap sebarang penyakit dan doktor cuma memberinya ubat penenang sahaja. Harap doktor dapat membantu.

Wan Komo, Muar, Johor

Jawapan

Pada pendapat saya, ibu saudari mengalami gejala menopaus. Hangat memerah yang dirasai pada bahagian dada dan muka, berpeluh dan berasa kurang bermaya adalah ciri-ciri menopaus. Panas badan berlaku tidak kira waktu dan mula daripada bahagian dada dan naik ke muka. Panas yang membara ini berterusan untuk beberapa minit dan selepas itu wanita berkenaan akan berpeluh dan kemudian pulih semula. Pada malam hari juga mereka akan mengalami kepanasan walaupun cuaca sejuk. Mereka juga mengalami kekeringan kulit terutama pada bahagian kemaluan dan ini menyebabkan mereka mudah berasa sakit semasa mengadakan hubungan seks.

Masalah gejala seperti tidak bertenaga, letih, insomnia (tidak dapat tidur) dan tidak tidur lena adalah sebahagian daripada gejala menopaus. Mereka juga mengalami kerap sakit kepala, sakit-sakit sendi dan tulang belakang. Malah ada sesetengah pula yang mengalami tekanan perasaan, keresahan, emosi tidak stabil dan mudah pelupa.

Gejaja-gejala ini boleh berlaku beberapa bulan atau tahun sebelum menopaus sebenarnya berlaku. Bagi memastikan kesemua gejala itu berkaitan dengan masalah menopaus ataupun tidak, adalah dinasihatkan agar saudari membawa ibu berjumpa pakar Obstetrik dan Ginekologi (Perbidanan dan Sakit Puan).

Ujian darah akan dilakukan bagi menentukan ibu puan benar-benar sudah menopaus. Aras hormon estrogen dalam darah menurun semasa seseorang wanita menopaus.

Bantuan hormonSaya berpendapat, ibu saudari perlukan bantuan hormon gantian kerana gejala yang dialami agak ketara dan mengganggu kehidupannya. Sekiranya ibu kembali pulih maka diagnosis menopaus itu adalah betul.

Saya rasa, kita perlu teruskan rawatan untuk beberapa tahun, kemudian boleh dikurangkan dan dihentikan secara perlahan-lahan. Gejala menopaus adalah sementara dan akan beransur hilang. Namun, ia mungkin memerlukan tempoh setahun dua sebelum gejala ini hilang dengan sendiri tanpa bantuan hormon gantian dan ibu saudari akan stabil.

Pengambilan hormon dalam jangkamasa yang lama juga dikaitkan dengan risiko kanser payu dara dan pembekuan darah. Saudari perlu berbincang dengan doktor pakar baik dan buruknya hormon gantian ini. Kalau gejala menopaus adalah serius, saya berpendapat eloklah ambil untuk sementara waktu. Jika kemurungan ini serius kadangkala ubat penenang sememangnya diperlukan.

 

From → Umum

Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: