Skip to content

Petua Dan Doa Supaya Dipermudahkan Bersalin

February 10, 2013

Setengah wanita mudah melalui saat kelahiran tanpa kesakitan yang teruk dan berpanjangan, manakala yang lain memang perlu merintangi cabaran kesakitan yang kuat dan berpanjangan. Bagaimana cara untuk atasi.

Alhamdulillah isteri saya mudah melahirkan 5 anak saya dan mengalami sakit bersalin selama satu jam sahaja.  Anak-anak dan menantu perempuan pun mudah melahirkan anak , tapi sakit lebih lama lagi antara 4-6 jam. dan mereka tidak memerlukan apa-apa ubat penawar sakit. Mungkin faktor baka dan keturunan ada memainkan peranan.

Tip untuk mudahkan bersalin
Tanya emak kita atau saudara mara dan kawan yang pernah bersalin .
Ketenangan fikran dan kemantapan mental dan emosi sangat penting.
Kuatkan iman dan sentiasa bertawakkal kepada Allah SWT setelah kita berusaha.

Sokongan moral dan emosi dari suami dan ibu sangat penting.
Banyak baca quran dqn bibir sentiasa berzikir menyebut dan memuji Allah.
Bualan terakhir kandungan – buat exercise, jalan selam 30 minit lepas makan malam, sambil buat breathing exercise.

Pelajari teknik breathing exercise. penting untuk tahan sakit dan meneran bila kepala bayi keluar.
Makan banyak buah2 dan sayur2, buah papaya, jambu, timbikai , apple, oren, nenas pun bolih.

Hubungan sex pun bolih diteruskan kerana ia membantu buka pintu rahim.
Air selusuh – dari bacaan quran, surah yaasin, ayat kursi dll
Air suam yang direndam ‘akar fatimah’ ini biasa dibeli diMekah atau Medinah, juga mula diminum dibulan terakhir.
Waspada produk2 yang dikatakan mudahkan bersalin, kerana mereka yang makan sering dilanda tumpah darah yang banyak ketika bersalin..

Penawar sakit bersalin
Alhamadulillah sebahagian besar dari wanita muslim daya ketahanan sakit adalah tinggi. Ini bermakna mereka kurang memerlukan bantuan ubat penawar sakit. Ini disebabkan mereka kuat iman dan banyak bertawakkal kepada AllahSWT. Bacaan ‘suhanallah’ memang ada kesan untuk mengurangkan sakit atau meringkan bebanan.. Baca fatiha, ayat kursi, 3 qul, berulang2 kali. atau baca mana2 surah alquran – surah mariam mithalnya. Terus menerus berzikir.
Amalkan doa-doa ini

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:
1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

3.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.

Maha Suci Allah
7.

Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ8.
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq

Surah ini, seorang ustaz menyarankan mak cu membacanya. Mak cu perbanyakan bacaan surah ini serta berdoa, lebih-lebih lagi bila dah dekat tarikh jangkaan bersalin. Syukur Alhamdulillah, mak cu bersalin lebih mudah, cepat dan kesakitan semasa nak bersalin pun kurang

10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Selusuh
Kebiasaannya, orang-orang tua akan menyuruh anak mereka meminta air selusuh daripada orang tertentu bagi memudahkan bersalin.
Namun begitu, tidak ramai yang percaya akan keberkesanan air selusuh. Nasihat saya, jika tidak percaya tidak perlu minta sebab ia tidak akan berkesan sedikit pun bahkan akan menambahkan sakit, sakit hati tentunya.
Bagi yang meyakini air selusuh sebagai salah satu usaha pula perlulah mengambil berat penerangan yang diberikan mengenai cara penggunaan selusuh ini.
Sebenarnya selusuh bukan sahaja berperanan memudahkan bersalin malahan sebenarnya boleh digunakan untuk membetulkan kedudukan bayi songsang tetapi dengan kaedah yang berlainan.
Salah faham yang berlaku dalam masyarakat kita, perubatan Islam ini adalah pilihan terakhir selepas semuanya perlu diubah. Saya sendiri tidak akan membenarkan isteri saya dibedah kerana kedudukan anak yang songsang sebelum mencuba perubatan Islam, berdoa bersungguh-sungguh kepada AlLah.
Pernah berlaku~kisah benar~ seorang ini, anak dalam kandungan isteri dia songsang, dia meminta air selusuh daripada individu tertentu agar dimudahkan bersalin tanpa perlu dibedah kerana doktor menyarankan agar isterinya dibedah.
Ketika melahirkan anak, doktor tersebut terkejut kerana isteri lelaki tersebut tidak perlu dibedah dan melahirkan anak dengan mudah, seolahnya tidak ada masalah sebelum ini.
Doktor tersebut berjumpa dengan si suami, meminta air selusuh yang berbaki kerana isteri doktor itu menghadapi masalah yang sama;bakal dibedah.
Tidak lama selepas itu, doktor tersebut mengirimkan hadiah kepada yang membuat air selusuh tersebut kerana isterinya yang sepatutnya dibedah dapat melahirkan anak secara normal.
Apa yang penting??? Bukan kerjasama yang penting di sini, tetapi keyakinan bahawa ALLAh mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.

Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: